Monday, September 24, 2007

Me & My Cats

Hello there!

Just nak share dgn ko org ttg aku & dunia pekucingan aku. Bagi mereka yg selalu dtg rumah aku. Tentu dia tahu sedikit sebanyak ttg kekucing yg pernah aku ada.


Yg sebenar2nya, aku mula berkecimpong di dlm dunia pekucingan ini sejak aku berkahwin dgn isteri aku. Mcm yg ko org tahu, di zaman kanak2 aku, mana ada kucing kat umah aku. Kalau ada pun, kat umah Atuk aku le. My parent mmg tegas tak kasi kita org bela kucing.


Teringat lagi masa aku di zaman sekolah menengah dulu. Pernah sekali aku buat experiment dkt seekor kucing kat umah Opah aku. Dlm insiden tu, aku lambung kucing tu rolling ke udara sbb nak tengok dia boleh landing ke tak? Malangnya, mmg dia tak boleh landing. Alhamdulillah, dia x meninggal. Cuma mengalami kecederaan sikit aje. Aku harap dia dpt maaflkan aku di atas experiment bodoh yg telah mencederakan dia dulu.


Aku mula berminat nak bela kucing apb mengenali Mimi. Kucing wife aku yg masih hidup kat kpg. Usia dia sekarang dah 15 tahun. Dah nyanyok pun. Tapi Alhamdulillah, umur dia mmg panjang. Bila aku & wife aku dah tinggal bersama di KL. Aku mula rasa nak bela kucing aku sendiri. Disitulah bermulanya hubungan kami dgn Shiro. Kucing siam yg dihadiahkan oleh member sekerja wife aku di Bukit Bintang.



Mimie





Shiro


Gelabah jugak aku masa mula2 hilang dia kat kpg. Frust gile. Tapi, lebih kurang seminggu kemudian. Dia kembali ke rumah. Rupa2nya dia pergi cari betina. Sempat jugak dia hasilkan zuriat yg mana kemudiannnya aku bela jugak seekor drp zuriat dia tu. Jodoh kami dgn shiro x panjang. Dia telah menghilangkan diri semasa kami overnite kat rumah kenalan di Ipoh. Dia mengamok sbb mlm tu aku kurung dia. Dia telah berjaya melarikan diri dan bila aku nak balik ke KL. Aku terpaksa tinggal dia memandangkan dia x muncul2. Beberapa hari kemudian dia muncul semula di rumah kenalan kami tu. Malangnya, mereka gagal menangkap dia dan dia hilang tanpa khabar berita. Apa pun, Dia lah kucing yg paling best yg pernah aku bela.





Salahsilah - 1st generation of my cats


Semasa aku bela si Shiro ni. Aku jugak bela anak dia yg aku ambil drp rumah jiran kpg. Jiran kpg yg kucing dia kena belasah dgn si shiro sampai mengandung tu. Anak dia ni lebih kurang mcm dia juga. Cuma bakanye kecik sbb ikut mak dia yg kurus mcm x cukup makan tu. Kami telah sebulat suara menamakan dia sebagai Shery.




Sherry



Selepas kehilangan Shiro. Aku hanya ada bela sherry seekor aje sehinggalah abg ipar aku hadiahkan seekor kucing kacukan parsi dgn kampung yg dikenali sbg Simba. Sherry & Simba ni berkawan sejak dari aku tinggal di apartment dulu, hinggalah ke rumah yg aku tinggal sekarang ni. Lama jugak kedua2 kucing ni tinggal bersama kami. Hingga sempat lah si sherry beranak empat ekor bagi menyambung generasi Shiro. Semasa bersama sherry & simba, kami juga bela shemy, parsi amerika yg dihadiahkan oleh member wife aku. Kucing ni sebenarnya kami nak hadiahkan pada adik aku. Sayangnya dia hanya sempat bersama kami selama seminggu sahaja. Beliau telah meninggal di rumah kerana sakit.



Simba dgn gayanya yg tersendiri

Simba dan sherry hilang dari rumah aku. Aku suspect mereka berdua dikidnap utk dijual atau dimakan. Al-maklumlah, sekarang ni ada foreigner yg makan kucing & anjing. Case anjing & kucing hilang nie mmg dah lumrah kat Tmn perumahan aku ni. Alhamdulillah semenjak dua menjak ni, case mcm tu dah berkurangan. Agknya para foreigner tu dah berambos.


Selepas kehilangan si Simba & diikuti oleh Sherry. Tinggal la Greedy, Gracy, Baby & Brownie sbg teman. Keempat2 anak sherry ni turut menjadi mangsa kidnap. Cuma yg tinggal lama sikit dgn kami hanya si Greedy & Gracy.



Greedy


Sebelum kehilangan Gracy, Si Gracy sempat melahirkan 4 ekor lagi kesinambungan generasi Shiro. Setelah ketiadaan Gracy, Greedy lah yg menemani mereka berempat. Kesemua kucing2 yg aku ada ni turut menjadi mangsa kidnap. Kyra merupakan kucing generasi pertama aku yg hilang.


Kini aku dah ada kucing baru. Generasi kedua dlm koleksi kucing aku. Spacy yg aku dpt dari sebuah kedai makan di ibu negara. Dia kini berkawan baik dgn kucing jiran aku yg bernama Kaber. Kalau tgk betul2, Si kaber nie saling tak tumpah mcm Simba yg hilang dulu tu. Si Kaber ni pun suka lepak kat rumah aku berhari2 tanpa balik ke rumah dia. Aku harap akan kekal lama dgn mereka ni. Amin....



Dari kiri, Spacy & Kaber

Tuesday, August 21, 2007

Dah Lame Tak Jumpe!

Dear All,



Dah lama sgt rasanye aku x update. Hampir terlupa password tadi. Kebelakangan ni aku sibuk sikit dgn tugas di tempat baru tu. Kehadapan, aku rasa sibuk jugak kot. Apa pun, aku sekarang nie dlm proses menstabilkan diri dgn environment di tempat kerja baru tu. Hari ni dah sebulan lebih aku kerje kat situ.



Actually, End of July & early of Aug hari tu mmg rekod terbaru bagi aku. Mana taknye, aku balik kpg 3 kali dlm masa x sampai sebulan. Yg pertamanya, 14th - 15th July 2007, aku balik naik tren sbb tension x dpt blk masa kumi & apai kawin ari tu. Lebih kurang 2 minggu lepas tu, pd 30th July hingga 1st Aug, aku balik lagi sbb kena bertugas dkt Tepeng. Sehari aje aku kat KL, pd 3rd Aug, aku balik tepeng lagi sbb nak attend kenduri kawin member aku kat Penang & kenduri kesyukuran dkt rumah parent aku. Tapi, yg buat aku tension, sehingga ke hari ni, niat aku nak terjun swimming pool x tercapai. Rasa mcm nak buat pool sendiri kat umah. Pool semua under maintenence. Baik kat Tpg, mahupun kat KL nie. Cuma yg syoknye, 3 kali aku balik, 3 kali aku buat kenduri durian.



Utk makluman semua, hingga hari ni aku masih x dpt softcopy atau hardcopy wedding kumi & apai. Aku pun x tau bile blh dpt sbb mat pun x dpt jugak.



Actually, ade bnyk jugak gambo activities aku yg nak aku share. Cuma buat masa ni thumbdrive aku ada dlm kereta. Malas pulak aku nak amik. Tunggu next episode. Gua kasi msg yg ada gambo pulak ye.



*sape2 yg blm tgk zombie kpg pisang. Aku sarankan ko org beli cd dia. Best gileh..

Wednesday, July 18, 2007

Announcement!

A'kum,

Dah lama jugak aku x kasi updates. Anyway, just nak buat announcement ttg berita baik yg pernah aku katakan dulu. Ingatkan on 1st July, rupa2nye ditunda ke 16th July 2007. Untuk makluman semua, pd 16th July yg lalu, aku sekali lagi telah dinaikkan pangkat. Yg lagi best tu, office aku sekarang dkt gile dgn office wife aku. Apa2 pun aku bersyukur kerana Allah S.W.T. telah menunaikan hajat aku selama ini. Sesungguhnye, setiap yg baik itu dtgnya dari Allah. Kita hanya berusaha, tetapi Allah juga yg menentukan. Alhamdulillah.

Majlis Kumi & Apai dah selamat berlangsung pd 7th & 8th July yg lalu. Terkilan jugak sbb x dpt nak turun akibat dpd lambakan kerje di office lama aku tu. Until now, aku still x dpt ape2 gambo majlis mereka utk di upload. Hopefully Mat can supply it. Aku mmg tak turun on that day. InsyaAllah, bile dpt nanti aku akan upload dgn segera.

Sehingga berjumpe lagi!

Wednesday, July 4, 2007

Message for Kumi & Apai!

A'kum,

Aku nak memohon maaf sbb confirm aku tak dapat balik this weekend to attend you all punye wedding ceremony. For your information, aku punye cuti dah kena beku sbb our organization tgh sibuk nak buat Business Plan for 2008. For this week until 15th July, aku memang tak dibenarkan bercuti. Nak buat mcm mana beb. Gua mmg dipaksa melibatkan diri sepenuhnya dlm BP 2008 tu.

Untuk kalian berdua, aku harapkan majlis ko org akan berjalan dengan lancar & menepati apa jua matlamat & tujuan majlis tersebut. Aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga ko org berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat datang ke alam rumah tangga. Welcome to the club!

Tuesday, July 3, 2007

Transformers



Haloo...

Just nak update beberape perkare aje....

Pertame, Kpd sesiape yg belum tgk Film Transformers, Aku sarankan ko org pergi le tengok. Aku dah tgk hari sabtu yg lalu. Mmg terharu bile aku melihat robot kesukaan aku 'Optimus Prime' masa aku kecik2 dulu di realitikan dlm movie tu. Walaupun design dia x sebijik mcm kartun dulu tu, tapi watak dia masih sama. Kira ok le tu.. Nak ikut peredaran zaman. Apa pun aku kasi 6/5 bintang. Bukan binatang ye!

Yg keduanya, InsyaAllah, 6th July ni aku akan bergerak ke Kpg. Seperti yg aku pernah ceritekan sebelum nie, ada dua org close friends aku yg akan berkahwin pd 7th July 2007. Seperti yg aku janjikan jugak, aku akan turun kalau aku dpt official invitation drp mereka before 1st July. Alhamdulillah before 1st July dia mmg ade panggil. So, gua kena turun la ye!.

Apapun, selamat pengantin baru buat Kumi & Apai.

Tuesday, June 26, 2007

Negative News!

Assalammualaikum,

Just nak kasi sedikit updates. Tapi cerite nye banyak yg negatif dari positif. Seperti tajuknye jugak.

Hari dah masuk hari ke 8 aku membujang. Bukan bujang terus tapi sementara aje. My wife kena pergi kursus 10 hari di Bagan Lalang. So merana le jugak aku utk 10 hari tu. Last Saturday, aku pergi jenguk dia kat Bagan Lalang. Nak buat mcm mana, dah rindu sgt.

Cerita yg kedua, dah beberapa hari dah, seekor lagi kucing aku hilang. Ala, kucing Hitam yg tak berapa center tu. Masuk ni dah 8 ekor kucing aku hilang kat kawasan kediaman rasmi aku tu. Tinggal le seekor aje kat umah tu. Itu pun tak tau le berapa lama boleh tahan. Confuse2...

Cerita yang ketiga, pd 7th July nie, ada dua org close friends kita yg akan melangsungkan perkahwinan. Alhamdullillah. Tapi yg kurang sedapnya, sehingga sekarang aku masih belum dapat any official invitation drp both of them. Even though aku dah reserved that day utk berada di sana, tapi aku kena review balik sama ada aku patut balik atau tidak. Sbbnye, aku pun ada invitation kat KL ni. So, who ever yg beria-ia menjemput, majlis tu le yg akan aku beri keutamaan walaupun the couple is not my close friends. I'll wait until 1st of July before i buat any decision.

Cerita yg keempat, sebelum aku close session nie. Masih ingat tak lagi dgn Jef yg jht gile dlm filem Ali Setan dulu. For your information, the actor (Izi Yahya) baru aje meninggal dunia pagi semalam akibat pendarahan otak. Dengar cerita dia pengsan masa tengah shooting. Zaman sekarang ni ramai org yg meninggal dunia pd masa yg muda. Apapun, mari le sama2 berdoa agar rohnye ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, June 20, 2007

Congratulation!

Assalammualaikm & Salam Hormat.

Just want to wish congratulation to my parent yg terima berita gumbira berturut2 dlm minggu nie. Berita baik pertama ialah kelahiran cucu pertama mereka hasil perkongsian hidup anak pertama mereka. Berita baik kedua drp anak ketiga mereka yg dapat offer further study in Ijazah Pendidikan (Perakaunan) dekat UUM. Maybe by the end of June nie dah nak kena berangkat. Finally is from anak kedua mereka (aku le!) yang sdg menuggu surat berita baik tu. Maybe on 1st July nie akan berlaku. Ape pun, aku akan declare apb dah ada black & white. Doa-doakan ye!

Tuesday, June 12, 2007

Pekan Fest 2007

Assalammualaikum,

Sorry sbb lama tak updates. Last week aku agak bz sbb husband kpd cousin aku telah pergi buat selamanya setelah 2 thn menderita mengidap kanser usus. So I byk spend time menghadiri program tahlil merangkap visit keluarga arwah. Semoga Rohnya di tempatkan dikalangan org2 beriman. Al-Fatihah.




Sedikit updates on aktiviti aku pd 2nd June 2007. Selepas selesai Tpg's Members Gathering, we all bangun seawal 6am nak kejarkan train si Alan (8.30Am) & ke Kuantan sempena Pekan Fest 2007. Kononye Pekan di ishtihar sbg Bandaraya. Tapi kena menginap kat Kuantan sbb kat Pekan tak wujud Hotel2 yg grand. Selepas drop Alan kat KL Sentral, We all bergerak ke Angkasapuri kejap, breakfast & terus move to Kuantan.




First time aku jejak kaki ke Kuantan. We all menginap di MS Garden Hotel (bukan Ramli MS punye), Aku mmg teruja dgn PR org2 kat sini. Sales girl kat shopping complex dia pun mmg berbudi bahasa. Bertambah teruja lagi apb aku lihat cara Anggota Rela mengawal crowd masa concert, mmg penuh budi bahasa, tak mcm tempat2 lain yg pernah aku pergi. Kat bwh nie ada beberapa gambo event tersebut utk tatapan anda.






Di sini le we all lepak semasa concert tgh berlangsung.





Sebelum para artis amik cek, Gua dah rasmi dulu la!




Para Artis sdg beratur nak amik cek. Kak Engku dah blh sembang sbb awal2 lagi dia dah amik.



Giliran Si Mawi yg korang minat sgt tu.


Aku & Hero 7o'an, Hail Amir





Bersama bebudak Kristal. Drummer dia yg kanan sekali tu baru 14thn. Very skillfull, Cerah masa depan.


Barisan Ahli Muzik Handalan Malaya : dari kiri, Ujang (gitar), Eddie Slam (keyboard), Ah Moi ni aku tak tau nama dia (keyboard), Brother nie pun aku tak tau (Percussion) & Shahrul Ekamatra (gitar)






My wife & Fiq : Sempat jugak bergambo semasa tgh sibuk




Breakfast Time!

Swimming pool @ MS Garden. Sempat jugak gua terjun setelah hampir 1 minggu aku tak terjun.

Friday, June 8, 2007

Tpg's Members Gathering

Assalammualaikum,

Sorry to all coz dah lama aku tak kasi updates. Actually aku bz sikit beberapa hari ni. Husband kpd cousin aku baru shj pergi meninggalkan kita semua pd mlm Selasa baru2 ini setelah hampir 2 thn mengidap kanser usus. Takziah diucapkan kpd keluarganye.



Di sini ada beberapa gambar gathering bebudak Tepeng yg dpt aku sharekan bersama. Renung2kanlah!





Dari kiri (Shahril Fariz, Alan & Izwan)

Ijal, Nan (Ujang's brother) & Aweknye Laila!




Wife aku (Fatiah), Azura & Wife Izwan (Tesya)



Tpg Members : Mat, E1, Ayie, Izwan, Alan


Batch terakhir yg pulang pd mlm tu: Wife Amin, Amin, E1, Alan, & Ayie

Saturday, June 2, 2007

Thank You! (1st June 2007)

Hello kengkawan,

Just nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg terlibat dlm majlis gathering for Tpg Members yg berlangsung dgn meriahnye semalam (1st June 2007). Majlis yg berlangsung pada jam 8.00 mlm hingga 1.00 ++pagi diadakan bertujuan utk menyambut Izwan Ibrahim & Isteri yg pulang ke Malaysia utk bercuti. Mohd Izwan & Isteri merupakan tetamu terawal yg tiba dlm majlis tersebut. Antara yg turut hadir memeriahkan majlis semalam adalah Mat serta isteri & ibu mertuanya, Azlan Aziz (direct from Johore), Nan (adik Ujang) & bunganya(Laila), Shahril Fariz serta Amin Syahir & Isterinya. Walaubagaimanapun, Amin Syahir & isteri tidak sempat bertemu dgn tetamu yg diraikan (Izwan & Isteri) kerana terlewat hadir atas urusan tugas rasmi beliau. Anyway, to Izwan & wife, Amin kirim salam!

Thursday, May 31, 2007

Berjaya Juga Akhirnye!


Hehehehhe... Senang aje rupanya nak upload gambo nie. Today dah 31st May 2007. Nampaknye tak sempat gua nak cerite kisah idup gua seperti yg dijanjikan. Tapi, InsyaAllah, gua tetap berhajat nak tulis kisah gua dlm blog nie. Kira mcm biography le. Siapa lagi nak buat kalau tak diri sendiri. Gua ni bukan artis popular. Cuma due date tu kena kasi up lagi le. Tak berkesempatan.
Tomorrow, ada satu event akan berlangsung kat rumah gua. Gathering for Taiping's members. Sorry sbb tak jemput semua members coz this event is special for member2 gua from Tpg aje. To others, nanti masa Raya le kita jumpa ye!
Gambo kat atas tu adalah gambo gua masa age 22 thn. Masa tu belum kawin lagi. Tgh bujang + kurus + hensem. Gambo tu diambil oleh x-boss gua masa gua tgh drive nak balik opis. Hensem kan!

Wednesday, May 23, 2007

D'FARIO HISTORY - episode 1

Hallo everybody! Bagus jugak ada bende2 mcm ni. Boleh le aku meluahkan what ever yg ada dlm kepala aku ni. Anyway, for this month, I would like to share about my life history. Ada beberapa hari aje lagi yg tinggal utk aku sharekan kisah hidup aku nie. Bukannye aku dah nak mati, tapi memang saja aku kasik due date sampai end of May (hopefully panjang umur lagi le). Baru le terasa mcm buat assignment. Episod nie kira mcm mukadimah le. BTW, Mcm mana nak upload gambar??? Aku guna Picasa tu tak boleh pun. Ini yg kureng nie! Oklah, I will continue my history in the next episode. Stay tuned!

Monday, May 21, 2007

WELCOME TO D'FARIO STORY

Assalammualaikum & Salam hormat.

At last, aku berkesempatan jugak mendevelopkan Blog aku sendiri. Actually, aku buat semua ni bukannye nak cari publisiti atau mempromosikan diri aku. Tetapi just utk sharekan apa2 yg patut dgn rakan2 yg ada @ yg akan ada. Aku terpanggil utk develop blog nie adalah kerana member aku yg dah berhijrah ke Dublin. Kalau ada apa updates, boleh le refer kat sini.

Utk permulaan nie, aku just nak ucapkan Tahniah to one of my best friend, Kamil Hafidh @ Insan Kamil yg baru shj dikurnakan cahaya mata pada 21st May 2007 (6.43pm). InsyaAllah, we will visit you by this weekend. Tak lupa jugak to my best friend, Izwan Ibrahim (punca gua bikin ini blog), welcome back to Malaysia. Don't forget, our appointment is on 1st June 2007.

Sehingga bertemu lagi...