Monday, September 24, 2007

Me & My Cats

Hello there!

Just nak share dgn ko org ttg aku & dunia pekucingan aku. Bagi mereka yg selalu dtg rumah aku. Tentu dia tahu sedikit sebanyak ttg kekucing yg pernah aku ada.


Yg sebenar2nya, aku mula berkecimpong di dlm dunia pekucingan ini sejak aku berkahwin dgn isteri aku. Mcm yg ko org tahu, di zaman kanak2 aku, mana ada kucing kat umah aku. Kalau ada pun, kat umah Atuk aku le. My parent mmg tegas tak kasi kita org bela kucing.


Teringat lagi masa aku di zaman sekolah menengah dulu. Pernah sekali aku buat experiment dkt seekor kucing kat umah Opah aku. Dlm insiden tu, aku lambung kucing tu rolling ke udara sbb nak tengok dia boleh landing ke tak? Malangnya, mmg dia tak boleh landing. Alhamdulillah, dia x meninggal. Cuma mengalami kecederaan sikit aje. Aku harap dia dpt maaflkan aku di atas experiment bodoh yg telah mencederakan dia dulu.


Aku mula berminat nak bela kucing apb mengenali Mimi. Kucing wife aku yg masih hidup kat kpg. Usia dia sekarang dah 15 tahun. Dah nyanyok pun. Tapi Alhamdulillah, umur dia mmg panjang. Bila aku & wife aku dah tinggal bersama di KL. Aku mula rasa nak bela kucing aku sendiri. Disitulah bermulanya hubungan kami dgn Shiro. Kucing siam yg dihadiahkan oleh member sekerja wife aku di Bukit Bintang.



Mimie





Shiro


Gelabah jugak aku masa mula2 hilang dia kat kpg. Frust gile. Tapi, lebih kurang seminggu kemudian. Dia kembali ke rumah. Rupa2nya dia pergi cari betina. Sempat jugak dia hasilkan zuriat yg mana kemudiannnya aku bela jugak seekor drp zuriat dia tu. Jodoh kami dgn shiro x panjang. Dia telah menghilangkan diri semasa kami overnite kat rumah kenalan di Ipoh. Dia mengamok sbb mlm tu aku kurung dia. Dia telah berjaya melarikan diri dan bila aku nak balik ke KL. Aku terpaksa tinggal dia memandangkan dia x muncul2. Beberapa hari kemudian dia muncul semula di rumah kenalan kami tu. Malangnya, mereka gagal menangkap dia dan dia hilang tanpa khabar berita. Apa pun, Dia lah kucing yg paling best yg pernah aku bela.





Salahsilah - 1st generation of my cats


Semasa aku bela si Shiro ni. Aku jugak bela anak dia yg aku ambil drp rumah jiran kpg. Jiran kpg yg kucing dia kena belasah dgn si shiro sampai mengandung tu. Anak dia ni lebih kurang mcm dia juga. Cuma bakanye kecik sbb ikut mak dia yg kurus mcm x cukup makan tu. Kami telah sebulat suara menamakan dia sebagai Shery.




Sherry



Selepas kehilangan Shiro. Aku hanya ada bela sherry seekor aje sehinggalah abg ipar aku hadiahkan seekor kucing kacukan parsi dgn kampung yg dikenali sbg Simba. Sherry & Simba ni berkawan sejak dari aku tinggal di apartment dulu, hinggalah ke rumah yg aku tinggal sekarang ni. Lama jugak kedua2 kucing ni tinggal bersama kami. Hingga sempat lah si sherry beranak empat ekor bagi menyambung generasi Shiro. Semasa bersama sherry & simba, kami juga bela shemy, parsi amerika yg dihadiahkan oleh member wife aku. Kucing ni sebenarnya kami nak hadiahkan pada adik aku. Sayangnya dia hanya sempat bersama kami selama seminggu sahaja. Beliau telah meninggal di rumah kerana sakit.



Simba dgn gayanya yg tersendiri

Simba dan sherry hilang dari rumah aku. Aku suspect mereka berdua dikidnap utk dijual atau dimakan. Al-maklumlah, sekarang ni ada foreigner yg makan kucing & anjing. Case anjing & kucing hilang nie mmg dah lumrah kat Tmn perumahan aku ni. Alhamdulillah semenjak dua menjak ni, case mcm tu dah berkurangan. Agknya para foreigner tu dah berambos.


Selepas kehilangan si Simba & diikuti oleh Sherry. Tinggal la Greedy, Gracy, Baby & Brownie sbg teman. Keempat2 anak sherry ni turut menjadi mangsa kidnap. Cuma yg tinggal lama sikit dgn kami hanya si Greedy & Gracy.



Greedy


Sebelum kehilangan Gracy, Si Gracy sempat melahirkan 4 ekor lagi kesinambungan generasi Shiro. Setelah ketiadaan Gracy, Greedy lah yg menemani mereka berempat. Kesemua kucing2 yg aku ada ni turut menjadi mangsa kidnap. Kyra merupakan kucing generasi pertama aku yg hilang.


Kini aku dah ada kucing baru. Generasi kedua dlm koleksi kucing aku. Spacy yg aku dpt dari sebuah kedai makan di ibu negara. Dia kini berkawan baik dgn kucing jiran aku yg bernama Kaber. Kalau tgk betul2, Si kaber nie saling tak tumpah mcm Simba yg hilang dulu tu. Si Kaber ni pun suka lepak kat rumah aku berhari2 tanpa balik ke rumah dia. Aku harap akan kekal lama dgn mereka ni. Amin....



Dari kiri, Spacy & Kaber

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.