
Shiro
Gelabah jugak aku masa mula2 hilang dia kat kpg. Frust gile. Tapi, lebih kurang seminggu kemudian. Dia kembali ke rumah. Rupa2nya dia pergi cari betina. Sempat jugak dia hasilkan zuriat yg mana kemudiannnya aku bela jugak seekor drp zuriat dia tu. Jodoh kami dgn shiro x panjang. Dia telah menghilangkan diri semasa kami overnite kat rumah kenalan di Ipoh. Dia mengamok sbb mlm tu aku kurung dia. Dia telah berjaya melarikan diri dan bila aku nak balik ke KL. Aku terpaksa tinggal dia memandangkan dia x muncul2. Beberapa hari kemudian dia muncul semula di rumah kenalan kami tu. Malangnya, mereka gagal menangkap dia dan dia hilang tanpa khabar berita. Apa pun, Dia lah kucing yg paling best yg pernah aku bela.
Salahsilah - 1st generation of my cats
Semasa aku bela si Shiro ni. Aku jugak bela anak dia yg aku ambil drp rumah jiran kpg. Jiran kpg yg kucing dia kena belasah dgn si shiro sampai mengandung tu. Anak dia ni lebih kurang mcm dia juga. Cuma bakanye kecik sbb ikut mak dia yg kurus mcm x cukup makan tu. Kami telah sebulat suara menamakan dia sebagai Shery.

Sherry
Selepas kehilangan Shiro. Aku hanya ada bela sherry seekor aje sehinggalah abg ipar aku hadiahkan seekor kucing kacukan parsi dgn kampung yg dikenali sbg Simba. Sherry & Simba ni berkawan sejak dari aku tinggal di apartment dulu, hinggalah ke rumah yg aku tinggal sekarang ni. Lama jugak kedua2 kucing ni tinggal bersama kami. Hingga sempat lah si sherry beranak empat ekor bagi menyambung generasi Shiro. Semasa bersama sherry & simba, kami juga bela shemy, parsi amerika yg dihadiahkan oleh member wife aku. Kucing ni sebenarnya kami nak hadiahkan pada adik aku. Sayangnya dia hanya sempat bersama kami selama seminggu sahaja. Beliau telah meninggal di rumah kerana sakit.

Simba dgn gayanya yg tersendiri
Simba dan sherry hilang dari rumah aku. Aku suspect mereka berdua dikidnap utk dijual atau dimakan. Al-maklumlah, sekarang ni ada foreigner yg makan kucing & anjing. Case anjing & kucing hilang nie mmg dah lumrah kat Tmn perumahan aku ni. Alhamdulillah semenjak dua menjak ni, case mcm tu dah berkurangan. Agknya para foreigner tu dah berambos.
Selepas kehilangan si Simba & diikuti oleh Sherry. Tinggal la Greedy, Gracy, Baby & Brownie sbg teman. Keempat2 anak sherry ni turut menjadi mangsa kidnap. Cuma yg tinggal lama sikit dgn kami hanya si Greedy & Gracy.

Greedy
Sebelum kehilangan Gracy, Si Gracy sempat melahirkan 4 ekor lagi kesinambungan generasi Shiro. Setelah ketiadaan Gracy, Greedy lah yg menemani mereka berempat. Kesemua kucing2 yg aku ada ni turut menjadi mangsa kidnap. Kyra merupakan kucing generasi pertama aku yg hilang.
Kini aku dah ada kucing baru. Generasi kedua dlm koleksi kucing aku. Spacy yg aku dpt dari sebuah kedai makan di ibu negara. Dia kini berkawan baik dgn kucing jiran aku yg bernama Kaber. Kalau tgk betul2, Si kaber nie saling tak tumpah mcm Simba yg hilang dulu tu. Si Kaber ni pun suka lepak kat rumah aku berhari2 tanpa balik ke rumah dia. Aku harap akan kekal lama dgn mereka ni. Amin....

Dari kiri, Spacy & Kaber